Muslimat PAS Berkarisma Tepati Syariat Dan Etika

191

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Muslimat PAS yang berkarisma adalah sentiasa menepati syariat di dalam menjaga etika berpakaian dan penampilan diri di khalayak ramai.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Khairiah Mokti berkata, muslimat hendaklah memahami dan menjaga penampilan diri.

“Mestilah tidak lari daripada  garis panduan  yang ditetapkan di dalam Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Wanita Berkarisma Siri 1 di Dewan Sivik Batu 48 di sini, pada 16 Ogos.

Bengkel santai yang dikendalikan Mariam Saari telah menarik minat muslimat yang hadir daripada cawangan – cawangan di seluruh kawasan Dungun.

Seterusnya beliau berharap dengan bengkel tersebut akan memberi keyakinan kepada muslimat untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Menjadikan muslimat lebih berani berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya kaum wanita di luar sana untuk menyampaikan maklumat tentang pencapaian kerajaan dan parti,” ujarnya di majlis anjuran Lajnah Penerangan Hubungan Media.