Muslimat Muda Berpinsip

141

MARANG – Muslimat Muda (Ameerah) Kawasan Marang perlu memperkukuhkan prinsip bertuhan dengan menekankan konsep tawakkal dan ketaatan untuk terus kekal berjuang.

Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor berkata prinsip berkenaan perlu difahami serta disedari.

“Betapa beruntungnya kita (sebagai) muslimat muda yang bergiat didalam gerakkerja parti (PAS) ini.

“Banyak yang kita pelajari, Ameerah juga perlulah memiliki wawasan yang tinggi didalam melaksanakan kerja amal jamaie ini, pendek kafa, setiap perlakuan mestilah jelas visi dan misinya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Himpunan Ameerah(HAMRA) Marang, di Dewan Tok Guru, Rusila, baru-baru ini.

Program yang diadakan itu turut diserikan dengan penampilan pendakwah bebas, Ustaz Norzila Mohamad didalam program Anak Siber Mama Super, disamping pelbagai program telah disusun atur untuk anak-anak.

Zuraida berkata, bagi menjayakan program, Ameerah jangan merasa takut dan bimbang tentang kehadiran tanpa memikirkan sebarang masalah.

“Buatlah apa pun program pun, yakinlah Allah pasti menolong kita sekiranya ikhlas dan bertawakal kepada-Nya,” jelasnya.

Disamping itu katanya, Ameerah perlu terus berperanan memberi pendidikan politik kepasa wanita muda.

“Partisipasi didalam masyarakat serta perkukuhkan kerja berpasukan,”ujarnya.

Lebih memaknai program yang turut dihadiri isteri Tuan Guru Presiden PAS, To’ Puan Hajah Zainab Awang Ngah ialah Ameerah PAS negeri telah menyampaikan sumbangan RM 1,000 kepada Ameerah Marang beserta 500 naskah Al-Qur’an.

Diatas kejayaan pelaksanaan program kali kedua itu, Zuraida mengucapkan tahniah kepada AJK pelaksana.