Muslimat Mesti Berpolitik Aras Tinggi

684

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Sudah tiba masa muslimat PAS membudayakan seni politik aras tinggi bersesuaian parti berkenaan sebagai ‘King Maker’ yang  akan menentukan masa depan Malaysia.

Ahli Dewan Negara, YB Senator Ustazah Asmak Hussin berkata  ia itu dengan  mengenepikan emosi dan perasaan demi kepentingan Islam.

“Kita kena bangkit, orang kita dalam UMNO, Jadi macam mana kita nak tarik puak-puak tu supaya mari sokong kita. sejarah kita yang lama ini.

“Dan dalam masa yang sama, macam mana kita nak berdepan dengan kawan-kawan kita daripada PAN.

“Sebab ini kawan-kawan kita yang pernah setarbiah dengan kita, macam mana kita nak tarik dia kembali kepada kita? Ini memerlukan seni aras tinggi,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun Kali Ke 37 di Dewan Besar Darul Bayan, Pinang Merah, Paka di sini pada 9 Mac.

Selain itu katanya, muslimat juga perrlu bercerita tentang Islam kepada kawan-kawan bukan Islam.

“Bukan cerita pasal Islam sahaja, yang paling penting sekarang di Terengganu ini, kena cerita tentang dasar Islam Terengganu. Maju, Berkat, Sejahtera, ini juga politik aras tinggi juga,” jelasnya kepada 400 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Turut hadir sebagai wakil PAS Kawasan Dungun ialah Ustaz Mohd Razduan Osman.