Muslimat Himpun RM187K Dalam Tempoh 10 Hari

172

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Sejumlah RM187, 000 telah berjaya dikumpul oleh Muslimat Kuala Terengganu dalam rempoh sepuluh malam terakhir Ramadan melalui inisiatif ‘Infaq Lailatul Qadar’

Ketuanya, Hajah Shamsiah Abu Bakar berkata, kutipan tahun ini adalah paling tinggi semenjak program anjuran Lajnah Tarbiyah dilancarkan.

“Program ini begitu mendapat sambutan kerana ramai yang berlumba-lumba mengejar pahala sedekah pada sepuluh malam akhir,” ujarnya.

Menurut beliau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mencatat kutipan tertinggi sebanyak RM67 957.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat Terengganu itu berkata demikian ketika dihubungi hari ini, mengulas Majlis Penyampaian Sumbangan tersebut di sebuah hotel di sini pada Rabu, 8 Julai.

Oleh itu, kata beliau, muslimat sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Hamzah Ngah menyambut baik usaha yang dilakukan oleh muslimat.

“Peluang yang hanya datang setahun sekali ini amatlah rugi jika tidak mengambil perjalanan sebaiknya.

“Muslimat begitu bersemangat mengambil peluang mengumpul dana dalam melaksanakan kerja-kerja fisabilillah apatah lagi melaksanakannya di bulan Ramadan, yang penuh keberkatan, ” katanya di hadapan 80 orang tetamu yang hadir.