Muslimat Bermunajat, Baca Al-Quran Dan Sumbang 1000 PPE

150

KUALA TERENGGANU – Selain bermunajat kepada Allah, membaca Al-Quran, Muslimat PAS Terengganu telah membantu barisan hadapan yang menghadapi penularan COVID-19 dengan mengumpul sumbangan dan menjahit set Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE).

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, muslimat secara aktif telah mengadakan lawatan ke premis-premis Kementerian kesihatan dan Pusat Kuarantin serta telah menyumbang lebih 1000 PPE kepada Barisan Hadapan ‘frontliner’.

“Lebih 1000 set PPE kita serahkan kepada Barisan Hadapan di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Nerus.

“Kita juga berjaya mengumpulkan sumbangan berupa sejadah, Al quran, risalah, yaasin dan bahan makanan serta minuman untuk diserahkan kepada barisan hadapan dan pesakit COVID-19 yang berada di pusat-pusat kuarantin,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Marang berkata demikian dalam satu kenyataan pada semalam, 13 April.

Menurutnya, Dewan Muslimat PAS negeri merupakan penyelia manakala di peringkat kawasan yang memainkan peranan melaksanakan untuk menjahit set tersebut.

Peralatan penting tersebut yang  terdiri daripada pelindung kepala (head cover), pelindung kasut (shoe cover).

“Kita sentiasa berbincang dan berusaha untuk membantu barisan hadapan bersungguh-shngguh mengorbankan diri mereka dalam suasana yang ada sekarang,” ujar beliau.

Oleh itu, Zarani menambah, Muslimat PAS juga mengumpulkan tudung untuk diserahkan kepada barisan hadapan yang memerlukan pada saat ini.

“Kita akan serahkan barangan tersebut kepada Pusat Kesihatan Seberang Takir dan Bukit Payung,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru kepada orang ramai agar menjaga diri, keluarga, manfaatkan masa untuk tingkatkan ilmu iman dan amal sertamanfaatkan bersama keluarga .

“Patuhi arahan Perdana Menteri supaya duduk di rumah melainkan ada tugasan yang sangat penting,” tambah beliau.