Musim Kering Sebab Air Payau

337

Musim kemarau yang melanda mengakibatkan air sungai cetek dan air dari hulu sungai boleh dikatakan sedikit sahaja.

Kawasan terjejas kesan masalah ini termasuk dari mukasauk Pulau Musang. Iaitu, ketika mana air laut pasang besar.

Kebiasaannya mereka dibantu oleh Air Kenyir yang dilepaskan oleh pihak TNB. Adapun sekarang, TNB tidak mempunyai simpanan air yang banyak berikutan kurangnya hasil takungan hujan pada bulan November dan Disember.

Hal ini menyebabkan proses pelepasan air juga perlu dibuat secara berhemah. Air masin yang masuk sampai ke mukasauk Pulau Musang bukanlah perkara baharu.

Selain itu, air payau tersebut masih boleh digunakan dan selamat untuk diminum.

YB Dr Mamad Puteh,
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu.