Musang berbulu ayam

270

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/10/hishamkonvenumno.jpg – yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO
Konvensyen UMNO Terengganu yang diharapkan menjadi medan perdamaian dikalangan jaguh-jaguh tomoi UMNO rupanya pembuka gelanggang untuk membelasah sesama sendiri. Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sendiri selaku naib Presiden UMNO nampaknya meniup nafiri bagi bermulanya gendang perang.

Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO yang diharapkan menyelesaikan permasalahan dalaman yang diketahui umum itu, tetapi sebaliknya membedal dikalangan kepimpinan UMNO sendiri. Mungkin meluahkan rasa sedih dan sakit hati setelah sekian lama diberi kepercayaan memimpin Umno Terengganu tetapi gagal membawa perubahan. Gagal meletakkan ubat bahkan semakin membarah. Team Deris keras-keras. Gedebe gedebe. Team Mat said pun jenis keras-keras, jenis gedebe-gedebe jugok. Habis yang pergi lantik si lembut tu jadi Pengerusi Perhubungan apa pasal??

“Krisis UMNO Terengganu selesai” UMNO sudah pulih” “UMNO kini Bersatu”.. itulah yang menjadi wirid apabila disoal wartawan dan pihak media. Semakin disebut semakin bermasalah. Semakin diulang semakin tak berselesaian. Makin berpanjangan. Semakin diberitahu semakinlah orang tak percaya. Mungkin dah letih Hisyamuddin cuba untuk menjampi dan menepung tawar. Turun berbuka puasa.. sudah. Turun berprogram hatta yang terakhir turun berdikir barat di Besut. Tak jadi jugak… Konvensyen pulak. Nampaknya ia menjadi medan menghentam kepimpinan UMNO Terengganu sendiri… basa jenis musang berbulu ayam! Tidak ikhlas! Bukan UMNO tulen! Tidur & gemuk je dalam UMNO!… gomol Hisyamuddin gomol! Tetapi siapa???? Betul ke? Ke tuduhan dan fitnah semata-mata?

Tak baik Datuk Seri Hisyamuddin memfitnah macam tu??? Takkanlah pemimpin UMNO Terengganu macam tu? Selama ini kan pemimpin UMNO Terengganu ni ikhlas, pejuang tulen. Berjuang untuk rakyat sehingga tak sempat tidur dan makan. Tak ada kepentingan peribadi. Semuanya zuhud. Membela rakyat. Yang Datuk Hisyamuddin marah-marah tu biasanya UMNO kata semua tu sifat orang PAS. Pemimpin PAS. Rasa macam tak percaya pulak?? Tak baik Datuk Seri memfitnah pimpinan UMNO Terengganu dihadapan orang Terengganu sendiri. Nak kena report polis ni? Pemuda UMNO takkan diam aje. Tak dak report polis? Buktikan tuduhan itu! kalau tak hah! Report le. Tapi polis dibawah siapa?? Auwww!!! Takkan Menteri Dalam Negeri pun buat fitnah dan tuduhan tanpa bukti???

Kalau betul ada bukti. Pecat ahli UMNO aje. ahli UMNO kan berjumlah 3 juta. Ramai lagi yang nak jadi pemimpin. Takkan jumlah sekian ramai UMNO gagal melahirkan pemimpin yang berkualiti?


Musang Berbulu Ayam

KUALA TERENGGANU Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam membidas segelintir pemimpin UMNO yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’ kerana tidak ikhlas berjuang bersama parti.

Hishammuddin berkata,: pemimpin seumpama itu hanya tahu mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan parti dengan ‘tidur dan gemuk’ dalam UMNO semata-mata untuk mencapai kesenangan serta memenuhi kepentingan diri.

“Ada di antara kita sedikit lupa kepada parti, sebahagiannya pula mungkin keliru (dengan perjuangan parti) dan mula mengambil kesempatan (terhadap peluang yang ada), lalu timbullah apa yang dikatakan musang berbulu ayam.

“Musang berbulu ayam yang tidur dan gemuk dalam rumah UMNO, anggap UMNO batu loncatan (capai kepentingan diri),” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di Primula Beach Hotel, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan semua barisan kepimpinan UMNO lain.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, individu musang berbulu ayam bukan ahli parti sejati kerana mereka akan meninggalkan UMNO apabila sudah tidak mempunyai tempat dan peluang.

Lebih menyedihkan katanya, individu tersebut sanggup memaki hamun, memfitnah dan memperlekehkan UMNO selain berusaha mewujudkan suasana tidak aman dalam negara hanya kerana memenuhi kepentingan diri sendiri.

“Mereka ini bukan ahli parti tulen, orang-orang UMNO yang telus dan ikhlas akan terus bersama parti walau dalam keadaan susah atau senang,” katanya. Pada zaman kepimpinan pemimpin UMNO terdahulu, orang-orang UMNO tidak mempunyai masa untuk tidur dan gemuk dalam parti kerana mereka meletakkan kepentingan parti melebihi dari semua perkara. Katanya, demi kesetiaan dan perjuangan UMNO, golongan wanita sanggup menyerahkan barang kemas dimiliki mereka untuk digadai semata-mata membebaskan tanah air dan orang Melayu daripada penjajah.

Baca lagi dari sumber>>