Mukhayyam Tarbawi Perkukuh Jati Diri Pemuda PAS Dungun

90

Oleh: Asraf

DUNGUN – Mukhayyam Tarbawi peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPPKD) berjaya mencapai matlamatnya dalam usaha memantap serta memperkukuhkan jati diri setiap Ahli Jawatankuasanya.

Ketua Lajnah Tarbiyah, Muhammad Abdullah berkata ini terbukti apabila mereka berjaya menghabiskan semua modul dalam mukhayyam yang diadakan berkenaan.

“Walaupun kita buat dekat dengan rumah masing masing namun mukhayyam kali ini berjaya menghimpunkan hampir kesemua AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun (DPKKD) untuk bersama sama turut serta dalam program tarbiyah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas program mukhayyam yang diadakan selama dua hari, di Pantai Teluk Gadung, Sura Hujung, pada 7-8 Februari baru baru ini.

Menurutnya, program berkenaan turut meliputi aspek rohani dan jasmani.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Ustaz Hamdi Harun, AJK BPPNT, Ustaz Kamaruzaman Albasungi dan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Jusoh sebagai pengisi program.

Beliau menambah, diantara perkara yang disentuh ialah mengenai kesungguhan menekankan dan menerangkan keadaan semasa bagi pemuda PAS berhadapan isu semasa.

“Nasihat bak mutiara kata diutarakan agar tidak melupakan perjuangan Islam dek kerana hanyut dibuai dunia dan kemenangan yang sementara ini,” tambah beliau.