MTD Selesaikan Masalah Banjir Kilat

1613

Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi memandang serius aduan penduduk mengenai rumah mereka yang sering mengalami banjir kilat.

Ahli Jawatankuasa MTD PAS Bukit Besi, Abas Ghani berkata kejadian itu telah bermula semenjak 20 tahun yang lepas ianya berlaku disebabkan air tidak mengalir dengan baik.

“Jadi saya telah melaporkan perkara ini kepada Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi agar sama-sama mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan ini,

“Ianya berpunca dari air yang mengalir akibat aktiviti perlombongan bijih besi diatas sana,” ujarnya

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perumahan Bukit Besi menjelaskan, setiap kali hujan lebat, kawasan yang didiami penduduk berhampiran Surau Seren itu akan mengalami banjir kilat.

“Ini kerana air yang bertembung dengan air bukit itu bertembung dengan air parit di belakang rumah penduduk.

“Kerana air tidak dapat mengalir dengan baik, kerana bertakung itu yang memyebabkan berlaku banjir kilat,” ucapnya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan penduduk persekitarannya, pada Sabtu 13 Oktober.

Turut hadir Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menegaskan, Jabatan Pengairan Saliran Daerah Dungun telah mengambil tindakan tapi tidak selesai kerana berlaku mendapan tanah.

“Di kawasan yang sepatutnya air mengalir berlaku mendapan tanah.

“Jadi kita mencadangkan supaya buat ‘bypass’ baru supaya air sampai kesana ( tempat sepatutnya), terus keluar ke kawasan utama,” ujarnya.

Menurutnya bagi mengangkat projek membuat kecil-kecilan ‘bypass’ itu adalah dibawah peruntukan Majlis Daerah Dungun.

“Perkara yang telah berlarutan sekian lama ini perlu diselesaikan segera bagi menjamin kesejahteraan penduduk kawasan ini.

“Bayangkan lima sehingga enam kali berlaku banjir, agak membebankan. Air mencecah kedalam rumah sehingga ke paras betis,” ucapnya.

Sehubungan itu juga, wakil penduduk Hamdan Abdul Hamid menyatakan rasa syukur kepada pihak berwajib jika perkara itu dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Alhamdulillah, jika sekiranya ianya diselesaikan segera. Lagipun musim tengkujuh bakal tiba.

“Tidak sanggup kami (penduduk) banjir kilat ini turut menghanyutkan sampah sarap sehingga ke kawasan ini.

“Dengan pelbagai sampah sarap yang dibuang, seperti tuala wanita, lampin, tin-tin minuman dan sebagainya,” terang beliau.