MTD Hulu Besut Ucap Tahniah

267

Oleh ; RR

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Tanah Daerah dan penyelaras kerana menyelesaikan tanah rintahan (RTB) Sungai Lah.

Pengerusinya, Cikgu Salahuddin Jaafar berkata, tanah rintahan yang telah bertindih pada pemerintahan yang lalu, kini kerajaan PAS pulangkan kepada pemilik asal.

“Jadi kita ucap alhamdulillah kerana tanah tersebut telah dapat diselesaikan dan diberi kepada peneroka asal.

“Pemilik baru yang diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) seramai 57 orang akan diganti dengan tanah lain,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, pihak MTD akan membantu Pejabat Penyelaras DUN dalam menyelesaikan isu tanah agar manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dapat dilaksanakan dengan baik.

“Sebagai parti yang diberi mandat, MTD PAS Hulu Besut akan bersama-sama dengan seluruh jentera berusaha menyampaikan hasrat rakyat,” tambahnya.