MTD Hulu Besut Bagi Bantuan Mangsa Rumah Hanyut

406

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan DUN Hulu Besut mengambil tindakan segera membantu enam keluarga yang tinggal di Kampung La bukan sahaja menjadi mangsa banjir, tetapi tinggal sehelai sepinggang dan hilang tempat berteduh apabila rumah mereka dihanyutkan arus deras.

Pengarahnya, Cikgu Shalahudin Jaafar berkata, keluarga Suriati Mohd Yusof, 35, di beri bantuan sementara dengan menyewa sebuah kediaman di sekitar kawasan kampung tersebut, Hulu Besut.

“Pihak MTD turut menyewa sebuah rumah dengan kadar bayaran RM 250.00 sebulan bagi menempatkan sebuah keluarga.

“Awal tahun depan tiga orang anak mereka akan memulakan sesi persekolahan. Diharap akan ada sinar untuk mereka memulakan hidup Baru.Insya Allah.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung,” jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Besut berkata demikian ketika dihubungi pihak media pada semalam.

Menurutnya,Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) turun padang menyantungi mangsa yang ditimpa musibah bagi mengurangkan kesedihan dan bebanan yang ditanggung mereka.

“Sebanyak 32 buah keluarga yang ditimpa musabah banjir tersebut telah menerima sumbangan keperluan berupa barang keperluan seperti makanan, dapur, tilam, bantal dan pakaian.

“Banyak rumah mengalami kerosakan dan ia perlu dibaiki segera,” ujar beliau.

Turut hadir dalam rombongan tersebut Timbalan Ketua DMPNT, YM Raja Endun Raja Abdul Rahman, Setiausaha DMPNT Puan Rahimah Muda, Pegawai Agama Felda, Ustaz Zul Bhari, Pegawai-pegawai Felda dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Tenang.