MN Makin Gah, PH Makin Rebah

381

Setelah beberapa siri kebimbangan yang disuarakan terhadap kebolehan PAS dan Umno Terengganu untuk duduk sepentas, yang turut dirisaukan oleh Pemangku Timbalan Presiden Umno, akhirnya semalam, PAS dan Umno Terengganu telah mengadakan Himpunan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Terengganu. Bahkan paling menarik, ia bukan melibatkan penyertaan pimpinan di peringkat negeri sahaja, malah hingga kepada pusat.

Dalam keseluruhan ucapan, antara yang agak mencuri perhatian ialah beberapa kali Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said menyeru agar melupakan sengketa lama antara dua parti tertua di Malaysia itu. Ya, benar, kita dapat lihat kedua-duanya mempunyai banyak persamaan, tetapi agak lama persamaan itu diabaikan. Ia lebih ditumpukan kepada perbezaan.

Maka dijawab selepas itu oleh Ketua Penerangan PAS Terengganu yang juga exco kerajaan, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, yang menjadi pengacara, demi Islam kami akan melupakan sengketa lama. Sebagaimana biasa, PAS dengan jelas, akan menjadikan Islam sebagai petunjuk. Ia dilaksanakan setelah matematik yang dikira, memberikan hasil yang akan menambahkan ketinggian Islam. Itu suatu formula mudah bagi merangka keputusan besar PAS.

Di belakang pentas, saya bertemu dengan kawan lama saya dari Umno. Kami ketawa melihat masing-masing. Dia berkerja di Pejabat Umno Bahagian Kuala Terengganu. Dia memegang dua-dua bendera PAS dan Umno. Pernah kami bertemu beberapa kali sebelum ini, dan perbualan setakat bertanya khabar. Tiada tajuk politik dan tiada apa-apa permusuhan langsung kami semenjak dahulu. Tetapi semalam, kami sudah ada satu lagi topik tambahan, kami mula berbicara tentang politik.

Dia menyatakan kebimbangannya dengan perkembangan politik negara sekarang. Paling dia takut ialah Tun mati dalam waktu genting ini. Mohon lagi lima tahun, kurang-kurang lepas satu penggal, katanya. Kami ketawa. Sengaja saya mengusik, habis Anwar? Ciss…tak boleh pakai tu, segera dia membalasnya. Sekali lagi kami ketawa. Dia memang berharap agar PH tenggelam dan akan bersama PAS mengemudi negara. InsyaAllah tiada masalah katanya PAS dan Umno di Terengganu.

Seluruh mata dan pandangan sekarang, tajam melihat persengketaan antara parti komponen dalam PH. Mereka mencakar, menerajang, menumbuk sesama sendiri ketika ini. Dibalas pula ugutan keras dari Bersatu, ia jelas mencerminkan kecelaruan fikrah mereka. PM diugut parti komponen sendiri. Dan yang menariknya ugutan itu datang dari parti yang dikaitkan dengan komunis. Menambahkan lagi kerosakan PH, kerana orang akan melihat, jatuhnya PM sekarang, maka komunislah yang akan berkuasa.

Sikap mereka membuat ‘countdown’ bagi menurunkan PM bagi digantikan dengan PM pujaan hati mereka, tidaklah menjelaskan apa-apa yang signifikan kepada pembaikan ekonomi negara. Ia hanyalah sebagai pengumuman penting bahawa PM baharu itu nanti bakal menjadi boneka bagi parti yang dikaitkan dengan komunis. Ia tidak ubah seperti di Afghanistan suatu ketika dahulu, Najibullah boneka Soviet Union. Mungkin kerana itulah mereka menggelarkan PAS sebagai Taliban. Kerana Talibanlah yang membunuh boneka komunis itu. Masuk akal?

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pula berkata, jika benar PAS ini Taliban, maka sudah tentu DAP tidak akan ada di Malaysia. Tetapi tiada apapun kejahatan yang dilakukan terhadap DAP, hatta mereka boleh menubuhkan DAP Kelantan. Paling kelakar, papan tanda mereka ditulis jawi, tulisan yang dibenci itu. Maknanya, langsung tiada asas pertuduhan jahat itu kepada PAS. PAS juga pernah setilam dan sebantal dengan DAP dahulu, tiada masalah.

Sebaliknya, bukti-bukti kepada terpesongnya DAP daripada mematuhi rukun negara, amat jelas. Mereka tanpa segan silu melanggar apa sahaja yang boleh mereka langgar, demi survival politik mereka. Mereka mempromosikan negara kristian, ramai antara mereka yang mengaku menyokong LTTE. Namun begitu, kita masih menunggu perbicaraan bagi pengesahan keterlibatan mereka dan lagi mereka didapati berusaha mengangkat idea negara komunis melalui komik kontroversi mereka baru-baru ini.

Ketiga-tiga bukti ini, menegaskan betapa kuatnya keazaman mereka mahu berbuat onar terhadap negara yang milik asal orang Melayu Islam. Sedangkan mereka ketika datang dahulu adalah buruh kepada British. Sikap tidak tahu diuntung, dipertontonkan lagi apabila mereka menolak prinsip Jus Soli yang jelas difahami, tetapi sekarang mendakwa ia tiada dalam pembentukan negara ini. Sehinggalah PM sendiri merasa sedih kerana Melayu, apabila mahu berbuat sesuatu bagi kebaikan Melayu di tanah sendiri, dituduh rasis, namun tidak begitu bagi bukan Melayu Islam.

Dengan itu jelas, sikap kurang ajar DAP terhadap rakyat empunya tanah ini, akan memakan diri sendiri. Sudah pecah kesatuan mereka kerana bukan semua Melayu Islam sanggup dipermainkan DAP, apatah lagi dalam negara sendiri, kecuali Pan yang bersedia menjilat apa sahaja dari DAP. Maka Bersatu sudah membungakan niat mereka dengan hebohnya ura-ura Kerajaan Melaka mungkin bakal bertukar tangan. Perak juga, ada anginnya. Dan pasti, Bakal PM8 tiada halangan bagi pelompatan Adun sebegini, kerana rancangan peristiwa 16 September 2008 dan kisah kejatuhan Perak, menjadi bukti.

Dengan Terengganu yang dikatakan negeri paling payah bagi Penyatuan Ummah ini, telahpun siap melantik Jawatankuasa Penyelaras Muafakat Nasional Peringkat Negeri, maka saya yakin, tiada lagi halangan yang besar bagi PAS dan Umno, mengorak langkah maju ke hadapan, membimbing ummah ke medan siasah. Berpedomankan al-Quran dan sunnah. Muafakat Nasional bagi menyelamatkan agama dan bangsa ini jelas semakin gah dan PH makin rebah kerana DAP.

Sedikit ingatan kepada mereka yang melihat permusuhan PAS dan Umno dahulu sebagai halangan penyatuan. Ini pesanan Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi, belajar dari PAS, kalau tiada duit, buat cara tiada duit. Jangan malu kutip derma. PAS belajarlah dari Umno cara mentadbir selama 61 tahun. Dan pesanan Presiden PAS pula, jika kita kalah kepada bangsa dan agama kita sendiri yang zalim, kita masih boleh mengembala lembu kerbau. Tetapi jika kita kalah kepada bukan sebangsa dan seagama kita, nanti kita akan terpaksa menternak babi. Pilihlah antara ternak lembu dan ternak babi.

Mohd Nasir Abdullah
26 Oktober 2019