‘Miri Neon Beer Fest 2018’ is not In Line With Islamic And Local Cultures

1026

Sarawak PAS urged Muslims to stay away from attending the ‘Neon Beer Fest Miri 2018’ beer festival held from 11th to 14th October at the beach of Coco Cabana, Miri. Some people will say, why you are busy prohibiting the beer festival for the public to attend, especially for non-Muslims but the effects of the beer festival will be bad and can have an adverse impact on adolescents, especially those that are easily influenced by western culture.

For example, when they are drunk, they will dizzy and lose their memory and can cause fights between one another and can also cause an accident when they bring the vehicle in a drunken state.

Are there by participating in the largest beer festival in Miri can enjoy beers together can eliminate fatigue and have fun? The biggest beer festival in Miri is not in line with the culture and customs of the locals, especially Muslims in Miri.

Although the festival is for non-Muslims, we need to show protests so that such a program will no longer be held in the future. Programs like this can bring more harm than good.

“This alcohol has been banned by religion, either Islam or Christian or Buddhism. In the Qur’an, Muslims can refer to Surah Al-Maidah verse 90.Christians can also refer to the Gospel, Proverbs 20: 1 and Ephesians 5:18. If religion is banned, there must be a reason and why do we have bucked the trend?”Even Buddhist scholars themselves like Master Hsing Yun in his book The Five Precepts says if one takes a little liquor, it is also prohibited.

Muslims in Miri and we are urging the authorities to ensure that the beer festival is not open to all, especially Muslims who are strictly prohibited from attending this beer festival.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief|

VERSI BM

‘Miri Neon Beer Fest 2018’ tidak sesuai dengan budaya Islam dan tempatan

PAS Sarawak mengesa umat Islam supaya tidak menghadiri pesta bir ‘Neon Beer Fest Miri 2018’ yang diadakan dari 11 hingga 14 Oktober di pantai Coco Cabana Miri. Sesetengah orang akan berkata, mengapa anda sibuk melarang pesta bir untuk orang ramai hadir, terutamanya untuk orang bukan Islam tetapi kesan perayaan bir akan menjadi buruk dan boleh memberi kesan buruk terhadap remaja, terutama yang mudah dipengaruhi oleh budaya barat. Sebagai contoh, apabila mereka berada dalam keadaan mabuk, mereka akan pening dan hilang ingatan dan boleh menyebabkan pergaduhan di antara satu sama lain dan juga boleh menyebabkan kemalangan apabila mereka membawa kenderaan itu dalam keadaan mabuk.

Adakah dengan mengambil bahagian dalam perayaan bir terbesar di Miri boleh menikmati bir bersama dapat menghapuskan keletihan dan bersenang-senang. Perayaan bir terbesar di Miri tidak selaras dengan budaya dan adat resam penduduk tempatan, terutama umat Islam di Miri.

Walaupun perayaan ini bukan untuk orang Islam, kita perlu menunjukkan protes supaya program sedemikian tidak lagi akan diadakan pada masa akan datang. Program seperti ini boleh membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

“Arak ini dah dilarang oleh agama, sama ada Islam mahupun Kristian atau Buddha. Dalam Al-Quran, orang Islam boleh rujuk surah Al-Maidah ayat 90. Orang Kristian juga boleh rujuk dalam Injil, Proverbs 20:1 dan Ephesians 5:18. Kalau agama dah larang, pasti ada sebabnya dan kenapa kita perlu menongkah arus?” Malah ilmuan Buddhis sendiri seperti Master Hsing Yun dalam bukunya The Five Precepts menyatakan sekiranya seseorang itu mengambil sedikit sahaja minuman keras tetap juga dilarang.

Kami dan umat Islam di Miri mendesak pihak berkuasa untuk memastikan bahawa perayaan bir tidak terbuka kepada semua, terutama umat Islam yang dilarang keras menghadiri perayaan bir ini.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak