Mesir terus bekerjasama dengan Israel

255

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/12/51484350.jpgMesir meneruskan kerjasama dengan Israel bagi meningkatkan kawalan keatas penduduk Palestine di Gaza, dengan membina menara kawalan di sepanjang sempadannya.

Langkah tersebut, menurut sumber, adalah satu daripada langkah Kahirah meningkatkan kepungan ke atas wilayah Palestin itu, kata sumber.

Menurut anggota keselamatan Mesir, menara pertama – diperbuat daripada besi dan konkrit setinggi lebih 20 meter – dibina berhampiran Rafah dan kini hampir siap.

Akhbar harian Israel, Ha’aretz, melaporkan menara kawalan itu dibina Mesir bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan pergerakan di kawasan sempadan itu.

Rafah adalah pintu sempadan yang menjadi laluan masuk ke Gaza selepas wilayah itu dikepung tentera Israel dengan mendapat kerjasama daripada Kahirah.

Disebabkan sekatan itu, penduduk Gaza terpaksa bergantung kepada aktiviti penyeludupan bawah tanah bagi mendapatkan bekalan barangan asas setiap hari.

Bagi memastikan keperluan Gaza kekal disekat, Mesir turut menanam tembok besi di kawasan sempadan bagi menyekat laluan terowong bawah tanah itu.

Mesir dilaporkan sering mengepam gas beracun atau memasukkan air ke terowong berkenaan.

Pembinaan tembok besi dan menara pemantau berkenaan menyebabkan ketegangan hubungan di antara Mesir dengan beberapa negara di rantau Teluk.

Pada 2009, pemimpin Hezbollah, Sheikh Hassan Nasrallah, mengecam Kahirah atas tindakan zalim mereka ke atas penduduk Gaza