Menyumbang Kepada Mangsa Tsunami Anak Krakatau

413

KUALA TERENGGANU – Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) mempelawa orang ramai untuk menyumbang kepada saudara-saudara di Indonesia yang ditimpa malapetaka Tsunami ekoran letusan gunung Anak Krakatau pada minggu lalu.

Bendaharinya, Nazmi Ghazali berkata, satu delegasi Tinjauan Dan Bantuan KAMI akan mengadakan misi ke wilayah Sunda, pada Khamis ini.

“in shaa Allah ‘team’ KAMI seperti biasa akan membuat tinjauan dan menghantar bantuan kepada warga sekitar selat Sunda yang ditimpa becana,

“kita akan bergerak pada Khamis malam dan kembali ke tanah air setelah berada di sana selama tiga hari,” jelasnya.

Oleh itu, kata beliau, kumpulan yang disertai oleh wartawan, jurugambar dan juruvideo itu akan turut bersama oleh seorang doctor dari NGO Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

“sumbangan in shaa Allah akan disampaikan sendiri oleh ahli delegasi dan sesiapa yang berniat untuk sama membantu,

“boleh menyalurkan kepada Akaun KAMI Management No. 13053010008281 (BIMB),” tambah beliau.