Menyantuni Rakyat Sepanjang Masa

328

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS – PAS sebagai sebuah Parti Islam, sentiasa melaksanakan program kebajikan dan turun menyantuni rakyat sepanjang masa.

Ketua Penyelaras Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir,Haji Mohd Fazil Wahab berkata, ia tidak perlu menunggu waktu pilihan raya.

“Kita turun padang tidak perlu tunggu musim pilihanraya sahaja,kerana masalah rakyat tidak menanti tibanya waktu itu(pilihanraya),” ujarnya

Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN berkata demikian ketika ditemui menziarahi penduduk di Kampung Tanjung Angsa pada Rabu 13 Februari.

Kata beliau, program PAS mengambil cakna kehidupan masyarakat diteruskan sama ada menjadi kerajaan yang memerintah atau pun sebaliknya.

“Kebajikan rakyat perlu diutamakan kerana mereka dibawah tanggungjawab kita yang memerintah dan sudah semestinya kita perlu turun padang mendekati mereka”.Tambah beliau lagi

Pada program ziarah kebajikan itu, beliau telah menyampaikan bantuan sebuah kerusi roda kepada adik Wan Nur Faresha Wan Ahmad, 17, yang mengidap penyakit ‘Cerebral Palsy’ di kediamannya.

Turut bersama dalam ziarah ini,Penolong Penyelia Institut Moda Insan Terengganu(i-MiTS) Seberang Takir,Puan Jamaliah Abdullah,Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat i-MiTS DUN,Encik Badarul Inshan Mohamad dan Pembantu Penyelia Hal Ehwal Wanita i-MiTS DUN,Puan Zainah Abu Bakar.