Mengharapkan Hujan, Air Tempayan Habis Dibuang

435
KUALA BESUT 19 July 2013. Kelihatan seorang melalui diseballik bendera PAS di Kampung Seberang Barat Luar sempena pilihanraya kecil Dun Kuala Besut. NSTP/Syarafiq Abd Samad

Apabila membaca tentang kesungguhan Ketua AMK menganjurkan majlis berbuka puasa di sebuah kuil di Johor, ia bukan suatu yang melegakan hati umat Islam, tetapi Ia sesuatu yang membimbangkan kita semua. Mana tidaknya, apa yang kita sebut sebagai kontroversi, sepatutnya dibincangkan dengan alim ulamak terdahulu sebelum melakukannya.

Tidak sedikit ahli agama yang tidak bersetuju dengan tindakan ini. Mereka memberikan dalil-dalil yang menceritakan tindakan beribadat di dalam kuil adalah tidak dicontohi anbiya, walaupun tidaklah sampai menjadi murtad dan sebagainya. Namun, melihat ketegaran mereka meneruskan juga acara, sehingga beberapa orang sahaja yang hadir, memberi kefahaman kepada kita bahawa rakyat juga meluat. Dan mereka yang dipanggil agamawan dalam PH mulut mereka seperti diletakkan mangga emas.

Kurang pasti pula adakah tindakan ini seperti mahu mempersendakan arahan Sultan Perak yang bagi aku kelihatannya menghalang DAP yang sangat gatal daripada menggunakan masjid. Yalah DAP taiko PH kena, mana boleh yang lain duduk diam. Atau sengaja mahu alihkan isu AMK menganjurkan iftar sambil berpesta. Yang pasti, iftar di kuil, tak akan dapat pahala iktikaf.

Yang terjadi ialah buat dulu, bincang kemudian. Bila salah, buat muka tak tahu. Sangat dibimbangi kerana bukan baru sekali Ketua AMK bertindak sedemikian, beberapa purnama dahulu, dia secara sengaja telah memfitnah PAS dalam di parlimen berkenaan tuduhan menerima rasuah RM90 juta. Tuduh dulu baru siasat.Tetapi dia silap, PAS tidak sama dengan penyokong PH yang hanya membatu bila diperbodohkan. Maka tuduhan beliau itu ditarik balik dengan malunya.

Kegelisahan rakyat di bawah PH, bukan sahaja melibatkan ekonomi tetapi jauh dari itu ialah laungan membebaskan pemikiran Islam yang dikatakan kolot itu. Atas nama kebebasan manusia juga, kerajaan Malaysia ditekan agar menerima cara kehidupan songsang. Dan paling ditakuti, tekanan itu bukan sahaja dari luar, tetapi juga dari dalam pentadbiran mereka sendiri.

Ketika ini, banyak dubur-dubur mula bersuara agar diiktiraf peranan mereka disamatarafkan dengan vagina-vagina yang sememangnya disediakan tuhan untuk manusia. Seruan kesongsangan ini berlaku dengan lebih giat semenjak PH memerintah. Dubur-dubur itu mahukan hak sama depan dengan vagina walaupun mereka sepatutnya berada di belakang. Begitulah keadaan yang sangat menakutkan ini berlaku sekarang.

Naik kepada peringkat yang lebih kritikal, pasukan PH ini tidak berjaya mencontohkan sosok yang terbaik yang diharap untuk menjaga agama Islam. Mufti Perlis, walaupun tidak menyukai PAS, tetapi beliau juga mengecam akan mutu PH dalam mengawal ekonomi dan juga agama. Jadi, siapakah yang boleh diharap lagi menjaga agama ini di Malaysia?

Setelah PAS dan Umno menawarkan kerjasama atas nama Islam dan Melayu, maka inilah sahaja jalan yang ada bagi umat Islam di Malaysia memikirkan tentang kesejahteraan dan keselamatan Islam di bumi tercinta ini. Kepada kenyataan bahawa mengundi bukan memilih agama, ia tidak dapat diterima kerana agama pemerintah akan mempengaruhi agama rakyatnya.

Dan walaupun pemerintah itu beragama Islam, tetapi Islam yang bagaimana yang mereka fahami dan anuti. Bukan semua apabila bernama Islam itu, memenuhi kehendak Allah dan rasul. Banyak Islam yang hanya digunakan sebagai tempelan bagi menghalalkan kelakuan sesat mereka.

Bagi anda yang telah melihat segalan kebrobokan ini, marilah bersama PAS dan Umno dalam mempertahankan agama suci ini. Tanyalah hati kecil anda, adakah begini cara yang Allah dan rasul mahukan Islam diperlakukan? Anda bukan bodoh, tetapi diperbodohkan. Keluarlah, bebaskan diri anda daripada kepompong yang membelenggu ini. PH nyata bukan berjalan atas kehendak agama. Kitalah benteng agama kita, sedarlah.

Air hujan yang kita harapkan kerana mendengar guruh yang kuat lalu kita membuang air dalam tempayan, rupanya air longkang yang dicurahkan PH. Lebih busuk dan kotor dari air yang sedia ada dalam tempayan kita dahulu. Tiada hujan. Guruh itu hanyalah guruh tiruan bagi membohongi rakyat yang hujan akan turun.

Mohd Nasir Abdullah
Al-Khor, Qatar
30 Mei 2019