Mengembirakan Isteri, Satu Tanggungjawab

428

Oleh : Nur Qaisara Hayati

Sebuah perkahwinan diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah dan tanpanya dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, serta tambahan pula berkahwin itu juga merupakan ibadat dan sunnah.

Janganlah apabila disebut tentang sesebuah perkahwinan itu hanya sekadar status di atas kertas sahaja, bukan dengan perbuatan dan tanggungjawab masing-masing.

Dan apabila disebut tentang perkahwinan semua orang ingin kecapi kebahagiaan hingga ke akhirnya bukan hanya di awal perkahwinan sahaja.

Ianya juga diasaskan kepada rasa Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah, justeru anpa dua perkara ini perkahwinan akan hancur dan tinggallah cita-cita sahaja.

Sesebuah rumahtangga juga perlu diasaskan kepada dasar hidup bersama secara yang baik dan diredhai Allah SWT. Maka itulah yang biasa disebut ‘Al Mu’assarah Bi Al Maaruf’.

Perkahwinan juga berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab bukannya kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

Ketenteram dengan pasangan kita perlu ada dalam sebuah perkahwinan dan perasaan tenteram yang turun dari Allah ini dijelaskan dalam surah Al-Fath ayat 4 :

” DIA lah yang menurunkan semangat tenang tenteram kedalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada ”

Gelombang dan diuji dengan pelbagai ujian lumrah dalam rumahtangga tetapi ujian seseorang itu berbeza-beza…. Terimalah pasangan kita seadanya.

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai faedah dan hikmahnya yang tersendiri.Faedah dan hikmah tersebut boleh dilihat dan difikir oleh akal manusia, hanya Allah Taala sahaja yang mengetahuinya.Begitulah juga dengan perkahwinan, mempunyai faedah dan seterusnya kepada masyarakat Islam.

Perkahwinan juga membuka pintu rezeki, nikmat hidup, memelihara agama, kesopanan, kehormatan dan kesihatan.

ianya dapat menyempurnakan naluri manusia bagi mendapat kepuasan nafsu dan keinginan syahwat serta menjauhkan diri dari gangguan godaan maksiat dan kezalinan yang amat dilarang oleh agama.

Pendek kata perkahwinan adalah peraturan dari Allah Taala yang diturunkan untuk kebaikan seluruh masyarakat manusia bagi mencapai kebahagiaan umat dengan baik dan sempurna.

Jika keadaan rumahtangga itu kucar kacir dan tidak kukuh, maka keadaan umat itu juga turut lemah dan sengsara akhirnya.

Selain daripada itu suami soleh ialah suami yang taat pada perintah Allah, suami yang taat pada Allah dia selesai urusan dengan Allah dan Allah akan selesaikan urusan kehidupan. Yang inilah kena pegang pada setiap manusia yang bernama lelaki.

Suami yang soleh mampu memberikan nafkah zahir dan juga batin.tak salah kan kalau bagi duit untuk isteri…. Nafkah batin tak semestinya bersama sahaja tapi kita mengembirakan isteri buat isteri seronok.

Satu perbuatan yang akan mengembirakan isteri itulah nafkah batin .bagi suami yang soleh dia kan bagi nafkah zahir dan batin bagi mengembirakan hati seorang insan bernama isteri!