Memey Bertudung Hasill Dakwah Abby

517
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/abby%20dan%20memey.jpg

Oleh itu, apabila Abby telah mendapat kebahagian dengan menjadi seorang muslimah yang berusaha mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam, maka dia juga dilihat berusaha untuk berkongsi apa yang beliau perolehi itu dengan mereka yang rapat dengannya.

Abby tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan dirinya dalam gerakan dakwah Islam apabila beliau membuat pilihan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Sejak beliau membuat ‘U-Turn’ dalam hidupnya, kelompok PAS lebih banyak memanggil beliau untuk mengisi program-program motivasi, berkongsi kekuatan dirinya yang mampu melangkahi sempadan dunia artis.

Mungkin disebabkan penerimaan oleh ahli-ahli PAS yang kondusif terhadap Abby, menjadikan ia lebih dekat menjalani hidup sebagai seorang petugas PAS sekaligus mengekalkan statusnya sebagai seorang ‘selebriti hijau’.

Kefahaman beliau yang jelas tentang politik dan Islam cepat menyerap ke dalam segenap tindakannya, namun mengekalkan kesederhanaan dan tidak menonjol-nonjol atau berlebih-lebihan.

Justeru beliau mengamalkan sifat kasih sayang sebagai seorang pendakwah, tidak melenting dan ‘melawan’ apa jua ‘provokasi labelan’ terhadap dirinya dari musuh-musuh PAS dan musuh Islam, termasuk panggilan bersifat serangan saikologi sebagai ‘Ustazah Jadi-jadian’ atau ‘Ustazah Mee Segera’.

Kini, dakwah Abby, selain memberikan harapan kepada ribuan wanita Islam ‘moderat’, mampu mengubah persekitaran dirinya, termasuk Memey yang pernah menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangganya.

Tidak perlu mengambil masa yang lama, selepas kira-kira setahun, Abby membuat ‘U-Turn’, selaku Ustazah jadi-jadian, Abby mendorong orang lain melalukan perubahan yang sama, dan bekas suaminya Norman sendiri mengakui, perubahan kepada isterinya Memey, adalah hasil dorongan Abby!

Abby, berubah sekembalinya dari menunaikan umrah sekitar Mac 2012 dan kira-kira setahun selepas itu, pada April 2013, Memey Suhaiza menyarungkan tudung, menutup rambutnya.