Melissa Saila Pula Bertudung!

664
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/melissa_saila_01.jpg

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/melissa_saila_01.jpgAkhirnya… Melissa Saila, anak seniwati Mariani yang juga anak saudara arwah seniwati Saloma sah kini mengenakan hijab. Difahamkan, beliau mengenakan hijab sejak beberapa bulan lalu, atas faktor usianya yang semakin meningkat.

“Saya pakai tudung sejak bulan enam yang lalu. Sebenarnya saya ingat mahu mula pakai tudung pada bulan Ramadan lepas, tetapi tiba-tiba Allah buka pintu hati lebih awal. Bila lagi saya kena pakai jika tidak sekarang. Umurpun sudah masuk 40 tahun.

“Selain sibuk mengarah, saya juga sibuk menguruskan anak-anak. Jika dulu saya mempunyai pembantu rumah tetapi sejak lima bulan lalu saya sendiri yang menjaga ketiga-tiga anak iaitu Noor, 8, Zain, 6 dan Zahra, 3,” ujar Melissa ketika ditemui media di retoran pasta dan piza Italiannies, pusat beli-belah Paradigm, Selangor.

Syukur Alhamdulillah… ia merupakan perkembangan yang baik buat Melissa dan keluarga. Moga langkah Melissa itu akan turut diikuti oleh orang yang paling dekat dengannya nanti. Amin!