Melayu Islam Mesti Konsisten Menolak ICERD

451

Oleh : Hanif Hamdan

HULU TERENGGANU -Penolakan orang Melayu
Islam terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) mestilah konsisten walaupun Perdana Menteri telah menyatakan bahawa kerajaan persekutuan tidak meratifikasikannya. .

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu, Arif Azlan berkata, bila-bila masa sahaja Kerajaan Persekutuan yang didesak oleh pihak lain akan mengesahkannya. .

“Jadi rakyat perlu terus memberi peringatan dan penolakan terhadap isu ICERD ini secara konsisten.

“Tidak hanya berakhir setelah himpunan aman yang diadakan di Dataran Merdeka pada minggu lepas, ” tegasnya.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Hulu Terengganu, Ariff Azlan
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini pada 11 Disember.

Menurut Arif, program yang menjurus kepada penolakan terhadap ICERD mesti diteruskan.

“Jika kita berhenti setakat ini, akan datang nanti pastinya mereka yang mendokong perlaksanaan ICERD ini akan terus mendesak Kerajaan Persekutuan supaya meratifikasikan ICERD,”

Justeru itu program-program yang menjurus kepada bantahan tersebut mesti diteruskan sebagai memberikan peringatan dan amaran yang jelas kepada mereka.