MDHT Tidak Pernah Luluskan Pembinaan Hotel Di atas Tapak Masjid Sultan Mahmud

8934

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang pertama saya ucap terimakasih kepada pihak media kerana dapat hadir bersama saya hari ini di Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Tujuan kita hadir pada Majlis Daerah pagi ini untuk menyerahkan bantahan daripada Jawatankuasa Selamatkan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang diatas pembinaan hotel tujuh tingkat dan rumah kedai 30 unit.

Hari ini telah kita mendapatkan tandatangan daripada masyarakat jemaah masjid Kuala Berang, sekitar Kuala Berang, kita telah bejaya mendapat 800 lebih tandatangan dan beberapa ratus lagi sokongan yang tidak bersedia untuk menurunkan tandatangan kerana sebab-sebab yang kita semua ketahui.

Saya kira tidak kurang 1000 orang telah bersetuju untuk membantah pembinaan hotel dan rumah kedai di dalam kawasan tanah masjid dan bersama hari ini, saya telah menyerahkan kepada Pegawai Perancangan Bandar, Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), senarai yang menandatangani petisyen membantah pembinaan hotel dan rumah kedai ini.

Alhamdulillh pihak Pegawai Peguatkuasa dan Pegawai Perancangan Bandar menerima baik petisyen ini.

Yang keduanya, saya telah membuat carian di Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Kuala Terengganu berhubung dengan status tanah. Sebenarnya, tanah yang terlibat dengan hotel dan rumah kedai ialah tiga lot tanah iaitu lot 129, lot 130 dan lot 479.

Seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan, khususnya, Yang Berhormat ADUN Kuala Berang bahawa lot 129 dan 130 telah diambilalih oleh kerajaan untuk pembesaran masjid dan menyerah kepada MAIDAM dan MAIDAM bersetuju untuk dimajukan dengan hotel dan rumah kedai.

Walau bagaimana pun bagi lot 479, yang saya telah sebut tadi, sebenarnya telah dibuat carian di PTG, Kuala Terengganu, didapati tanah ini milik persendirian (dan) tanah ini telah mendapat kelulusan untuk pecah lot sempadan untuk didirikan lot-lot rumah kedai sebanyak 13 unit di atas tanah ini.

Dengan lain perkataannya, pembinaan hotel (sekarang) ini telah menceroboh tanah persendirian ini yang telah mendapat kelulusan kerajaan sebagai lot kedai sebanyak 13 unit lot kedai di atas tanah.

Saya kira ini satu pencerobohan yang serius , yang pertama, menceroboh tanah persendirian, yang kedua, menceroboh tanah persendirian untuk membina lot kedai 13 unit yang menyalahi peraturan yang sedia ada.

Oleh sebab itu saya minta supaya kerja-kerja ini dihentikan serta merta sehingga perkara ini dapat dijelaskan dan diperbetulkan mengikut undang-undang dan peraturan yang sedia ada (kerana) ia satu kesalahan yang serius yang saya kira, kalau tidak dihentikan pembinaan hotel serta merta.

Saya akan panjangkan aduan ini ke Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat. Saya bimbang kerja-kerja ini diteruskan kerana apabila saya berjumpa Pegawai Daerah Hulu Terengganu, pihak majlis telah mempertegaskan kepada saya bahawa Majlis tidak pernah memberi kelulusan pembinaan hotel dan rumah kedai di tapak yang saya sebutkan tadi.

Saya berjumpa dengan pihak majlis pada pagi ini (Isnin), pukul 10 pagi, 8hb Mei 2017 dan pihak majlis (MDHT) mengesahkan kepada saya bahawa pihak majlis tidak pernah memberi kelulusan untuk pembinaan.

Malah saya tanya adakah permohonan untuk masuk kerja awal, dia juga mengesahkan, tidak ada permohonan masuk kerja awal dan pihak majlis tidak akan membenarkan selagi peraturan sedia ada tidak dipatuhi.

Dari segi peraturan, kerja-kerja yang dilakukan adalah ‘haram’ dan menceroboh tanah, bukan saja tanah masjid tetapi juga tanah persendirian, yang dirancang untuk dijadikan rumah kedai di tapak yang sama.

Saya harap perkara ini dapat dihentikan, satu siasatan yang telus dapat diadakan dan saya juga pohon supaya orang politik tidak campur tangan dalam menekan atau mengugut pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan kerja dengan jujur dan amanah.

Setakat ini pihak yang membina hotel ini atau pihak yang mencadang untuk membina bangunan ini langsung tidak menghormati pegawai, kerana mereka terus melaksanakan kerja walaupun pihak pegawai atau pihak majlis belum memberi apa-apa keputusan ataupun kelulusan pada kerja-kerja ini.

Hj Muhyiddin Abd Rashid
Pengerusi
Jawatankuasa Selamatkan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang

Berita Berkaitan Sebelum ini;

PAS Tetap Tidak Sokong Pembinaan Hotel dan Pusat Komersil Atas Tanah Masjid!
Tanah Wakaf Masjid Jadi Tapak ‘Tangki Najis’
Bantah Cadangan Kerajaan BN Bina Hotel
PAS Kesal Umno-BN Bina Hotel Depan Masjid, Tanpa Kelulusan
Hotel Di Perkarangan Masjid: PAS Persoal ‘Prosedur’
Bangunan Didirikan Tanpa Kelulusan; PAS Akan Buat Laporan Polis Esok