MB Minat Benda ‘Pelik-pelik’

7103

KUALA TERENGGANU – Tanpa berfikir panjang Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah bersetuju menerima jemputan pihak Mufti Terengganu, Sahibul samahah Dr. Zulkifli bin Haji Muda, kerana menyifatkannya ‘sesuatu yang pelik’.

Beliau berbesar hati untuk sama hadir mencerap anak bulan awal Ramadan dan merasmikan pelantar tinjau TM yang bersejarah.

“hari ini hari yang sangat penting, dan sangat bersejarah bagi warga TM, pada saya yang apabila ditanya kepada saya, adakah saya boleh atau tidak turut bersama melihat anak bulan?,

“saya tanpa berfikir panjang, tanpa berfikir kali kedua, saya terus memberi jawapan ‘ya’ kerana saya berminat benda-benda yang melibatkan yang pelik-pelik ,” ujarnya.

Beliau beliau berkata demikian ketika berucap, sebelum menandatangani papan perasmian pelantar tinjau TM di Bukit Besar, petang semalam, Selasa 15 Mei.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Ustaz Khairuddin Aman Razali dan Pengurus Besar TM Negeri Terenggan, Mohd Yazid Abdul Manaf.

Apatah lagi, kata Dr. Samsuri, program tersebut adalah melibatkan satu penelitian dan pemerhatian terhadap penciptaan Allah S.W.T.

“Saya teringat apa yang disebut oleh Allah Taala, al-Quranul karim, surah Al-Mulk (وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ) Allah Taala menceritakan tentang syaitan yang cuba mencuri maklumat,

“dan maklumat yang dicuri itu daripada langit yang terdekat, dan Allah jadikan bintang itu sebagai pelempar perejam kepada syaitan dan betapa langit yang terdekat pada ilmu astronomi jaraknya jauh sangat,” kata beliau.

Justeru katanya, ia akan menyedarkan, betapa kerdilnya manusia diatas muka bumi Allah ini.

“jadilah jawatan apa kita sekalipun, kita adalah kerdil disisi Allah, itulah yang menginsafkan kita, melihat alam ciptaan Allah,

“dan tentunya pada hari ini memberi ruang dan peluang kepada kita sama-sama bermuhasabah, melihat kebesaran Allah,” jelasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga TM, pejabat mufti dan Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) dan semua yang hadir.

“terutamanya pihak TM yang menyediakan tapak (pelantar) ini dan ianya akan menjadi sesuatu amal kebaikan yang berpanjangan,

“In shaa Allah dan diberi ganjaran oleh Allah S.W.T dengan kebaikan,” tambah Dr. Samsuri.