Masih Berdongeng………

427

Dengar cerita, masa mesyuarat Presiden PH haritu, DAP dan Pan kata dengan tegas supaya Tun letak jawatan dan mereka tak takut jadi pembangkang balik sebab dah lama jadi pembangkang.

Tapi bila tengok berita semalam bila semua pakat-pakat buat muka seposen rayu Tun jangan letak jawatan, rasa pelik pulak. Bila tengok begitu, rasanya cerita DAP dan Pan ugut Tun tu betul ke tak? Mungkin boleh kita agak apa yang benar-benar berlaku.

Kemudiannya lihat pula kepada kenyataan-kenyataan pimpinan DAP, PKR dan Pan, sejak semalam bertubi-tubi menyerang PAS dan Umno sebagai dalang apa yang dikatakan sebagai rampasan kuasa. Tidak terkecuali kepada ahli PKR yang beralih kem.

Ada juga kenyataan mereka sebut Tun letak jawatan sebagai Pengerusi PPBM sebab tidak mahu bersama dengan Umno dalam kerajaan demi intergriti. Sedikitpun mereka tidak menyerang Tun. Saya kurang pasti, adakah mereka cuba memberitahu dunia bahawa Tun begitu lemah dan berjaya dikuasai oleh lawan sehinggakan terpaksa letak jawatan?

Persoalan yang mereka gagal leraikan ialah kenapa Tun meletakkan jawatannya dan kononnya tidak mahukan Umno, beliau masih tidak menamakan Anwar sebagai PM atau mungkin Wan Azizah sebagai PM sementara? Sedangkan PH mendakwa mereka begitu suci.

Mengapa Tun masih menerima tawaran YDPA untuk menjadi PM Interim, tanpa menetapkan syarat bahawa Umno tidak boleh ada dalam kerajaannya? Terang, arah tuju serangan mereka itu. Jika menyerang Tun, pasti kekalahan yang jelas tertimpa mereka. Oleh itu PAS dan Umno terus menjadi ‘punch bag’ kepada mereka.

Ketika sedang kalah ditipu orang yang mereka puja itu pun, masih mereka mahu berlagak sombong. Maka mereka pasti akan dikenang sebagai golongan yang tidak sedar diuntung. Masih mencari ruang bagi menipu rakyat, tanpa mahu melihat kebencian rakyat kepada mereka adalah hasil daripada keceluparan dan kejahatan mereka sendiri.

Mohd Nasir Abdullah
25 Februari 2020