Masalah Saya Tak Sama dengan Penipuan Kerajaan – Abby

289

Abby Abadi atau Arbaiyah Abd Manan menerima segala laporan media tentang apa yang beliau lalui dengan mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT.

“Assalamualaikum…. Selamat Pagi! Alhamdullillah… Syukur pada ALLAH atas apa yang disebarkan. Tak tahu cerita pun sebar juga, tambah lagi…… cipta lagi……,

“Saya nak tanya satu soalan je….. Tak takut Mati? Kalau takut takkan berani nak tulis-tulis sesuka hati sebab semua akan dipersoalkan oleh ALLAH nanti ye saudara-saudaraku…..,”ujarnya melalui laman twitter dan instagramnya pada awal pagi hari ini, Khamis 29 Mei.

IMG_20140529_125350Beliau menyifatkan, apa yang menimpa kehidupan peribadinya adalah kecil, berbanding dengan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“ Jangan disamakan dengan apa yang saya laporkan tentang Kerajaan, jauh beza. Masalah Saya, tak ada kena mengena dengan sesiapa…….. tapi hal-hal kezaliman, penipuan kerajaan melibatkan kita semua.

“Belajar tentang itu Ok…….politik itu sebahagian dari ISLAM. Politik itu urustadbir. Bukan benda asing dalam kehidupan kita,”ujar Abby.

Beliau menegaskan, sekiranya ada yang mengatakan politik tiada kaitan dengan agama, dan apa sahaja dalam kehidupan seseorang muslim yang tidak membawa Islam, maka ia akan tersesat langkah.

“Sebab itu bila saya dah faham, saya nak ISLAM berkuasa. Dengan undang-undang sahaja, kebiasaan kita hari ini akan dapat di ubah.

“Lama sangat dah kita ni dijauhkan dari ALQURAN sampai ramai yg tak sedar, hidup dah mcm org bukan ISLAM……. pengakhiran yang sia-sia nanti, Tak rasa rugi?,”soal Abby.

Mengulas tentang cerita berkait dengan kehidupan peribadinya, Abby mengkritik mahkamah syariah yang dianggapnya, menyebarkan maklumat rumah tangga orang.

“Berbalik tentang cerita saya…….. tengok….belum apa-apa lagi, mahkamah dah sebarkan maklumat yg orang ramai tak tahu… Kalau Mahkamah Syariah pun mcm ni, anggap sebarkan maklumat-maklumat tentang rumahtangga orang lain ni tak ada masalah, apa jadi dah dgn Malaysia ni?”soalnya lagi

Beliau menjelaskan, sepatutnya mana-mana pihak yang mahu mengetahui tentang kedudukan perkara sebenarnya, sepatutnya biarlah datang dari beliau sendiri.

“Nak tahu apa-apa yang benar, biar dari saya sendiri….cuma saya memang tak dapat nak kongsikan semua. Yang pasti, jangan cepat percaya sangat pada media yang menulis tanpa membawa ISLAM bersama. Tak pasal2 dpt dosa,”katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai sekali lagi, masalah peribadi beliau bukan hal Negara dan beliau tidak menyusahkan sesiapa pun.

“Jadi berfikir sebelum nak tokok tambah cerita……… ALLAH Mengetahui Segala-galanya…. Bersedia untuk subuh ya…….,”ujar Abby mengakhiri ‘posting’nya itu.

abby dan suamiSinar Harian online pada tengah hari ini melaporkan, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berhubung lafaz cerai yang dibuat suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar sehingga 11 Jun depan.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya sebelum ini.

Menurut Abby, suaminya melafazkan cerai melalui kidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira jam 10.15 pagi 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai.