Manifesto PAS ‘Ukur Baju DiBadan Sendiri’

278

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Parti Islam SeMalaysia(PAS) Terengganu menjanjikan manifesto umpama mengukur baju dibadan dengan mengkaji secara terperinci dan mengikut kemampuan yang ada.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, Alias Harun berkata janji itu amanah yang harus dilaksanakan.

“Kita(PAS) tidak menjanjikan sesuatu yang diluar kemampuan dan mustahil dapat dilaksanakan, jadi Kad Sejahtera itu adalah janji manifesto PAS Terengganu untuk membantu rakyat dan meringankan beban rakyat,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kad Sejahtera DUN Rantau Abang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Dungun di sini pada 16 Oktober.

Di majlis tersebut seramai 316 orang penerima Kad Sejahtera telah menerimanya yang akan memberi kemudahan untuk mendapat rawatan di klinik swasta terpilih.

“Ini adalah usaha kerajaan yang bukan sahaja untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tetapi juga mementingkan keberkatan dan keredhaan dari Allah,” ujarnya.