Mak Cik Yam Hanya Mampu Jadikan Lengannya Sebagai Perisai

400

Oleh; Wan Azhar Wan Ahmad

makcik yam1Ziarah di kamar Hospital Kota Bharu petang ini begitu menyentuh perasaan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan yang dapat diluahkan apabila melihat sekujur tubuh yang amat lemah sedang bertarung menahan penderitaan hasil tindakan tidak berperikemanusiaan.

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana tergamaknya dia dipukul, mulutnya disumbat dengan kain dan kakinya diikat kuat…. Bahkan dalam waktu yang sama dia tidak mampu untuk menjerit dan bersuara meminta pertolongan……..

makcik yam2Yang mampu dilakukan hanyalah dengan mempertaruhkan ke dua belah lengannya sebagai perisai untuk dia terus mempertahankan nyawanya di saat itu… Aku hanya mampu berbisik kepadanya :; “Sabarlah ibu, kami semua adalah saudaramu…”
Atas dasar tanggungjawab agama, dan makcik Yam adalah sebahagian daripada kita, saya merayu sumbangan daripada semua untuk urusan kebajikan beliau. Salurkan sumbangan tersebut melalui akaun Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut No; 13035010000053 BIMB, bermula 20-27 Disember 2013

**** Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad Adalah Yang DiPertua PAS Besut