Majlis Makan Malam KAMI Bersama MB

307

Oleh : Adli Abdullah

KUALA TERENGGANU- Kumpulan Aktivis Media Indiependen (KAMI) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sangat aktif dalam melaporkan banyak berita, terutamanya berkaitan dengan masyarakat.

Bermula dari 2012, KAMI bergerak menelusuri nadi dan kehidupan rakyat, terutama di Terengganu, bagi memberikan gambaran jelas kepada dunia, apa yang rakyat alami dan kehendaki, dengan menggunakan segala sumber yang sangat terhad.

Tidak hanya di Malaysia, KAMI mengorak langkah mereka ke serata dunia seperti Kemboja, Sudan, Indonesia dan beberapa negara lagi, bukan hanya melaporkan, malahan juga menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Demi melangsungkan khidmat dan bakti, maka KAMI telah merancang bagi mengadakan satu Majlis Makan Malam, bagi mengumpul sedikit dana, untuk meneruskan aktiviti yang baik ini.

Oleh itu KAMI menjemput seluruh pengamal media, badan koperat, individu serta mereka yang cintakan kebaikan untuk hadir ke Majlis Makan Malam Media ini nanti.

Pengarah Makan Malam KAMI, Fakhrul Anwar Dagang berkata , program berkenaan adalah bagi menghimpunkan dana untuk KAMI terus bergerak bagi mengumpulkan sedikit dana menampung perbelanjaan NGO tersebut

Beliau memaklumkan, program berkenaan akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada 8 Julai nanti.

“Operasi media yang besar berpandukan pada matlamat yang besar sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.

“Lebih-lebih lagi KAMI ini akan membuat liputan bukan hanya sekadar didalam negara bahkan ke luar negara, pergi ke negara yang mengandungi peta luka umat Islam untuk membuat pelaporan yang telus dan ‘first hand’,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian, ketika dihubungi, memaklumkan perkara berkenaan pada hari ini.

Program yang bakal diadakan itu akan dipastikan berjalan dengan lancar dan penuh gilang gemilang sekaligus akan menghargai jasa para pengamal media

“Justeru itu pihak KAMI dengan penuh takzim mengundang seluruh media termasuklah media arus perdana untuk hadir, dan seluruh pendokong PAS Negeri Terengganu agar memeriahkan majlis berkenaan.

“Bantulah KAMI untuk terus bernafas menjadi pemangkin penting dan terus berbakti kepada PAS di bawah Lajnah Penerangan melalui Badan Perhubungan PAS Negeri Terenganu,” jelasnya.