Mahasiswa Perlu Sedia Hadapi Cabaran

117

Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Mahasiswa perlu bersedia menghadapi cabaran yang semakin kompleks untuk membentuk perubahan masa depan.

Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, mereka harus bersedia untuk fokus kepada pengajian yang dipilih ke arah melahirkan pelbagai segmen kepakaran dalam masyarakat.

“(Ia) mengurangkan indeks ‘politiking’ secara ‘semberono’ tanpa mengambil kira hak dan keperluan rakyat telah berjaya mewujudkan suasana yang lebih kondusif dalam kehidupan masyarakat.

“Dalam waktu yang sama, mahasiswa harus turut serta dalam memupuk kesedaran di kalangan mereka terhadap masa depan negara di samping merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat, berani dan berwawasan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam, 23 Ogos.

Menurutnya, Kerajaan Terengganu telah melangkah setapak ke hadapan untuk mengarusperdanakan satu alternatif kepada rakyat melalui slogan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.

“Saya yakin kepimpinan kerajaan negeri Terengganu sedang berusaha untuk melahirkan masyarakat berdaya saing melalui pendekatan budaya matang dan sejahtera,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berharap golongan yang berpendidikan tinggi ini akan menjadi sebahagian daripada pemimpin di masa hadapan.