Macron Kata Islam Dalam Krisis

310
French President Emmanuel Macron delivers a speech to present his strategy to fight separatism, on October 2, 2020 in Les Mureaux, outside Paris. (Photo by Ludovic MARIN / POOL / AFP)

Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah melancarkan serangan terhadap Islam dan mempertahankan nilai-nilai sekular.

Beliau meniupkan kebencian menggelar Islam satu agama radikal dan sedang mengalami krisis di seluruh dunia.

Dalam ucapan yang dinanti-nantikan pada hari Jumaat, Macron menekankan “tidak ada konsesi” akan dibuat dalam usaha baru untuk mendorong agama keluar dari sektor pendidikan dan awam di Perancis.

“Islam adalah agama yang sedang dalam krisis di seluruh dunia hari ini, kita tidak hanya melihat ini di negara kita,” katanya.

Dia mengumumkan bahawa pemerintah akan mengemukakan rang undang-undang pada bulan Disember untuk memperkuat undang-undang tahun 1905 yang secara rasmi memisahkan gereja dan negara di Perancis.