LTTE Merbahaya Kepada Negara

108

KUALA LUMPUR – Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) merupakan salah satu kumpulan pengganas yang mengancam keharmonian negara dan meragut banyak nyawa umat Islam di Sri Lanka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata LTTE adalah bahaya kepada negara Malaysia kerana ideologi dan metodologi gerakan keganasan mereka.

“Kenyataan dari Menteri Kabinet,Lim Guan Eng bahawa mereka mendapat jaminan polis tiada lagi penahanan pemimpin DAP selepas ini merupakan suatu kenyataan yang tidak perlu dikeluarkan malah menangkis gerakan ini.

“DAP lebih lebih lagi mesti patuh kepada undang undang Malaysia yang tidak membezakan sama ada rakyat biasa atau pemimpin DAP ,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kawasan Kuala Terengganu berkata demikian dalam kenyataannya di laman sosial beliau, pada hari ini.

Menurut Amzad, bagaimana jaminan Polis Diraja Malaysia(PDRM) diberikan walhal tekanan politik yang dibuat dengan menggunakan Akta IPCMC sebagai rujukan.

“Ada pemimpin DAP yg berkata yg bermaksud LTTE sudah kalah perang , sudah berkubur, tidak berbahaya sokongan diberi kepada mereka seperti perkataan seorang Ahli Parlimen DAP , Charles Santiago.

“Kita tidak mahu budaya ganas seperti insiden rusuhan berperlakuan jenayah yang mengorbankan Almarhum Adib berulang,” tambah beliau.