Lim Kit Siang Mesra Islam Moderat Tajaan AS, Tolak Pelaksanaan Syariat

461

Lim Kit Siang (LKS) kebelakangan ini dilihat semakin galak menyerang DS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang gara-gara Presiden PAS itu menegaskan bahawa punca PAS memutuskan hubungan dengan DAP adalah kerana DAP memusuhi agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS iaitu untuk memartabatkan syariat dan syiar Islam.

2. Peliknya, penjelasan seperti itu dan secara terbuka, bukanlah kali pertama dibuat oleh Presiden PAS; sudah dalam banyak siri ceramah dan penulisan beliau, Presiden PAS menyatakan perkara tersebut.

3. Sebenarnya yang menyebabkan LKS seumpama cacing kepanasan adalah kerana selepas PRU14 dan beberapa siri PRK, orang-orang Melayu-Islam mula menyedari agenda anti-Islam DAP dan semakin membenci DAP.

4. LKS dan DAP tidak dapat menerima versi Islam yang sebenar yang menekankan pelaksanaan syariat dan menegaskan bahawa politik adalah sebahagian daripada agama. Sebaliknya, LKS dan DAP lebih mesra Islam Moderat sebagaimana dakwaan beliau iaitu satu pemikiran jelmaan pemikiran Islam ala Amerika.

5. Sebab itulah, apabila Presiden PAS menjelaskan mengenai kepemimpinan Islam dan kepentingan Islam berkuasa justeru mengajak orang-orang Islam mengundi calon beragama Islam yang baik, LKS berterusan menyerang Presiden PAS.

6. Sedangkan, para ulamak dan cendekiawan Islam menjelaskan dan orang-orang Islam memahami bahawa Islam Moderat adalah versi Islam yang mendokong demokrasi total termasuk pluralisme dan hak asasi manusia secara mutlak; menolak konsep Negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang syariah; mendokong idea kesamarataan gender; bersetuju bahawa Islam tidak wajar dianggap lebih tinggi berbanding agama-agama lain; dan mempertahakan kebebasan untuk keluar meninggalkan Islam.

7. Terima kasih saya ucapkan kepada LKS kerana akhirnya mengaku sendiri bahawa beliau memang anti-Islam yang sebenar dan mesra Islam Moderat tajaan Amerika Syarikat.

Sekian.

“Islam Memimpin”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus