Lim Kit Siang Ketakutan!

939

Jelas Lim Kit Siang ketakutan, takut Pakatan Harapan kalah di Piliharaya Kecil Cameron Highland. Ketika ini, rakyat sedang bangkit dan marah kepada Pakatan Harapan. Hampir semua janji Pakatan Harapan ketika PRU 14 hanya bohong belaka.

Isu di PRK Cameron Highland membuatkan Pakatan Harapan terutamanya Lim Kit Siang kepanasan. Jentera dan kenderaan Kerajaan di gunakan dalam berkempen, kenderaan, ugutan terhadap calon Barisan Nasional dan Tok Batin serta politik wang yang berleluasa. BERSIH yang menjadi juara Piliharaya telus dan adil diam tidak bersuara, sudah sakit, nazak dan bisu.

Rakyat jangan leka dan terpedaya dengan Lim Kit Siang. Isu salah laku di Cameron Highland yang menjadi kemarahan rakyat, bukti DAP tidak langsung mengotakan janji. Jangan lupa isu tol, PTPTN, kos sara hidup dan barang keperluan harian, keluhan peneroka dan pekebun kecil, harga petrol yang tinggi, gaji minimum yang tidak naik seperti di janji dan banyak lagi jani, sudah hampir setahun janji tidak nampak bayang.

Jelas Pakatan Harapan hanya kuda tunggangan DAP, DAP yang mencatur agenda Pakatan Harapan. Setelah hampir setahun memerintah dan rakyat mula tagih janji, DAP mula berdolak dalih. 1001 alasan di beri akibat tidak tunai janji, maka jelaslah sebenarnya Manifesto mereka hanyalah untuk memancing rakyat mengundi mereka dan tahu mereka tidak mampu menunaikannya.

Jelas rakyat mula bangkit akibat rasa tertipu. Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati samada di media sosial mahupun terang-terangan. Akibat takut kalah maka Lim Kit Siang mula gelabah, menyerang tidak ketahuan. Jangan tertipu lagi dengan Lim Kit Siang mahupun DAP, mereka sedang cuba menutup segala keburukan, kelemahan dan janji yang tidak di laksana.

Siapa yang keluar dari Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat serta mengapa DAP keluar dari kedua-dua gabungan tersebut ? Adakah Almarhum Dato Fadhil Noor dan Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz gusar DAP keluar dari gabungan tersebut ? Jawapannya tidak malah kedua-dua tokoh tersebut langsung tidak memujuk DAP untuk kembali.

Maka logikkah Lim Kit Siang berkata beliau percaya pada kedua tokoh tersebut kerana kedua-dua tokoh tersebut langsung tidak mempercayai beliau. Jika mereka percaya tentu mereka pujuk Lim Kit Siang dan DAP masuk kembali ke dalam gabungan BA mahupun Pakatan Rakyat. Selepas DAP keluar, kedua-dua ulama hebat tersebut langsung tidak peduli DAP.

Lim Kit Siang hanya mahu mengalih tumpuan rakyat dari isu sebenar yang berlaku, jangan kita terpedaya. Tuntut segala janji DAP dan Pakatan Harapan ketika pilihanraya namun gayanya ia hanya mimpi. Orang yang tidak tepati janji biasanya di panggil pembohong. Ayuh, bermula dengan Cameron Highlang kita tumbangkan DAP dan PH, kemudian Semenyih dan seterusnya di PRU 15.

Pepatah orang tua-tua, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Bohongnya sudah banyak, bila pula agaknya mencuri.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia