Lebih Separuh Manifesto PAS Telah Dilaksanakan

1103

Oleh: Alfian Mamad

KEMAMAN – Lebih separuh janji utama manifesto PAS Negeri Terenggganu pada pilihan raya umum ke-14 telah dilaksanakan.

Naib Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Hazri Jusoh berkata, ia adalah satu perkembangan yang sangat positif.

“Alhamdulillah, kerajaan PAS negeri yang telah mengotakan lebih dari separuh janji semasa PRU tempohari dalam tempoh satu tahun ini.

“bersama kita doakan agar semua yang dijanjikan terlunas,” katanya pada satu Majlis Berbuka Puasa di Teluk Kalong pada Rabu, 8 Mei.

Oleh itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal berharap kerajaan dapat menambah pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi menampung pertumbuhan penduduk yang pesat.

“Kita juga mengharapkan agar Kijal juga tersenarai didalam kawasan yang akan dibinakan Rumah Mampu Milik kerana permintaannya terlalu tinggi dari pemuda dan pemudi kita yang baru mendirikan rumahtangga,” tegasnya.

“Bukan yang baru berkahwin sahaja, malah yang dah beranak pinak pun masih belum mempunyai rumah sendiri,” tegasnya.