Lebih Baik Carikan Saya Jodoh……..

394

Walaupun mengahadapi pelbagai mehnah dalam kehidupannya, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan tetap teguh dan tegas mempertahankan pendiriannya.

Beliau yang kini sedang sibuk berkempen untuk Gaza, sempat mencoretkan catatannya dalam laman sosial yang digemari, twitter dan instagram.

Pada hujung minggu lalu, Abby sekali lagi menegaskan, bulu keningnya yang nipis adalah ‘ori’, bukannya disebabkan belisu mencukurnya, sebagaimana ‘cakap-cakap’ orang yang dilemparkan kepadanya.

Screenshot (2)Dalam hantaran video dan foto di Instagram itu, beliau memaparkan wajah ibunya, yang juga memiliki bulu kening yang nipis.

“ibu saya anak (orang) Cina dipelihara oleh keluarga Melayu sejak kecil, sebab tu tak berapa ada bulu kening, bukannya ‘mamak’ (yang banyak bulu),” jelasnya.

Beliau berkata dari, sibuk memperkata tentang ‘bulu keningnya’, dari cakap heboh-heboh lebih baik orang ramai carikannya ‘jodoh’!

“Bukan kata dalam insta ni je… kt FB, dekat twitter.. kening saya jadi igauan hehe.. Ada yang jumpa, sembang baik-baik depan mata dekat Masjid pun tanya jugak pasal kening ni.. adehhh!

“siap tanya Saya hukum cukur kening lagi……… Tajuk lain buleh tak? Ataupunnnnn.. dari risaukan kening saya… baik tolong carikan saya jodoh… Ada gak faedahnyaaa haha…,”ujarnya