Lebih 100K Positif Covid-19, Jejas Peluang Tunai Haji

251

Walaupun masjid al-haram dan masjid Nabawi telah dibuka sejak seminggu lalu untuk solat berjamaah, jumlah kes coronavirus di Arab Saudi melebihi 100,000 menjejaskan peluang umat Islam menunaikan haji pada tahun ini.

Peningkatan jumlah jangkitan baru sepuluh hari terakhir dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan negara itu adalah sebanyak 3,045 pada Ahad, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 101,914, dengan 712 kematian.

Jumlah kes harian baru melebihi 3,000 untuk pertama kalinya pada hari Sabtu.

Saudi yang mempunyai penduduk seramai 30 juta orang mencatatkan jangkitan COVID-19 pertamanya pada 2 Mac.

Angka Arab Saudi adalah yang tertinggi dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), yang mencatatkan 272.625 kes dan 1,406 kematian.

Dengan pertambahan jumlah positif jangkitan itu, beberapa negara telah mengumumkan pengangguhan ibadat haji pada musim kali ini.

Indonesia dan Singapura telah pun mengumumkan penangguhan perjalanan para bakal hajinya kerana bimbang dengan penularan wabak maut itu.

Sebaliknya Malaysia, masih menunggu pengumuman rasmi daripada Arab Saudi dan kerajaan belum membuat apa-apa keputusan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan untuk Malaysia menghantar jemaah haji atau tidak adalah tertakluk kepada pengumuman dibuat Arab Saudi katanya pada sidang media 20 Mei lalu.