Lawatan Berinformasi Promosi Tahun Melawat Terengganu 2020

74

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Lawatan Berinformasi menyusuri Sungai Terengganu
bertujuan untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Terengganu 2020 sebagai destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Terengganu yang mengetuai rombongan tersebut, Maznah Muftahuddin berkata lawatan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat PAS Terengganu untuk meningkatkan pengetahuan dan maklumat di kalangan tenaga penerangan muslimat.

“Kita mahu muslimat lebih memahami latar belakang dan budaya negeri Terengganu untuk disampaikan kepada orang luar bertujuan menarik mereka melancong ke negeri Serambi Madinah ini”, katanya ketika diminta mengulas lawatan berkenaan di sini hari ini.

Menurut Maznah, lawatan yang diadakan pada 6 Februari lalu itu disertai lebih kurang 30 orang dengan menaiki teksi air, ‘Payang Taxi Water’ yang dikendalikan oleh Cas Ligas Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) milik kerajaan negeri dengan kadar tambang sangat berpatutan.

“Disamping melihat sendiri pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) dari jarak dekat dan menikmati pemandangan indah bandar raya pesisir air ini,

” Kita juga dapat melihat banyak masjid-masjid dan surau-surau yang menjadi tapak pengajian Islam sejak lama dulu juga turut kelihatan aktivit ternakan ikan sangkar di sepanjang sungai,” ceritanya dengan nada penuh teruja.