Latheefa Koya Perlu Buktikan

2481

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU – Latheefa Koya perlu membuktikan dengan lebih jelas bahawa beliau boleh melaksakan tugas sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa takut dan tidak memihak.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun, PAS yakin bahawa Latheefa Koya adalah seorang yang berkelayakan.

“(Serta) berpewatakan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut. Lebih-lebih lagi beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik,” jelasnya didalam kenyataan yang bertarikh pada Khamis, 6 Jun.

Beliau berkata, PAS amat mengalu-alukan dan mengucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh berintegirti.

Ada Lagi Tokoh Yang Lebih Layak

Mengulas mengenai perkara berkenaan, sebaliknya Naib Yang Dipertua PAS (NYDP), Kawasan Dungun, Azman Shapawi berkata, ada lagi tokoh yang lebih layak daripada Latheefa bagi menyandang jawatan yang penting dalam membendung masalah rasuah itu.

“Ada pun PAS tidak boleh buat apa sebab kita pembangkang dan saya meletakkan keyakinan bahawa sekalipun menteri kabinet yang lain ramai yang tidak bersetuju.

“Saya yakin mereka tidak berani membantah dan keputusan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir adalah satu perbuatan menggunakan kuasa veto.

“Yang mana Tun Mahathir membuat keputusan tanpa mengambil kira pandangan daripada pihak yang lain, “ujarnya.

Azman Shapawi

Beliau berkata demikian kepada pihak media, ketika berkunjung ke kediamannya di Kampung Padang Pulut, Dewan Undangan Ngeri (DUN) Rantau Abang sempena Sambutan Hari Raya, pada Rabu 5 Jun.

Azman menyatakan cara perlantikan Tun Dr. Mahathir itu telah mengejutkan negara kerana ianya dilantik secara langsung dari orang politik malah turut mengakui tidak diperbincangkan dengan ahli kabinet yang lain.

“Maknanya dalam PH sekarang ini tidak ada perbincangan dalam perlantikkan jawatan yang penting.

“Sepatutnya dibawa kepada perbahasan dan mencapai persetujuan, saya melihat perlantikkan ini lebih berbentuk kepada adanya kepentingan politik, “jelasnya.

Tambahnya, perlantikan pengerusi SPRM itu jika dibawa ke peringkat kabinet sudah tentu ramai yanh tidak akan bersetuju.

“Maka mengambil jalan mudah dilantik tanpa perbincangan dengan pihak kabinet.

“Sepatutnya SPRM ini sendiri dia ada tangga-tangga dan hierarki dia sendiri, siapa nombor satu, nombor dua mahupun nombor tiga, biasanya apabila nombor satu itu telah pergi orang nombor dua ataupun nombor tiga akan naik ikut tahap masing-masing,” jelasnya.

Maka menurutnya, jika lantik orang luar secara terus bermakna orang yang berada didalam hierarki akan terbantut.

“Dari sudut kenaikan pangkat dan menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap jawatan berkenaan yang begitu penting didalam negara, “tegasnya.