Larangan Penyertaan Atlet Israel; Keputusan PM Tepat

349

PAS menyokong penuh pendirian tegas Perdana Menteri yang tidak membenarkan atlet Israel memasuki Malaysia bagi menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak.

2. PAS berpandangan keputusan Kerajaan dalam hal ini adalah sangat tepat dan selaras dengan dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan warganya dalam sebarang acara bertaraf antarabangsa dan tempatan.

3. Tindakan Kerajaan untuk memboikot dan mengasingkan Israel adalah usaha paling minima yang boleh diambil sebagai signal menentang dan menolak kezaliman regim Zionis Israel yang tidak berperikemanusian, dan wajar dikutuk oleh setiap negara yang bertamadun.

4. PAS telah dan akan terus menggerakkan usaha-usaha untuk mengembalikan kebebasan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis Israel dengan penglibatan semua pihak, seterusnya menyeru pemimpin negara umat Islam untuk menunjukkan ketegasan yang sama seperti Malaysia.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 13 Jamadil Awal 1440 / 18 Januari 2019