Laporan Polis Terhadap Pemilik Twitter

551

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merasa kesal dengan sikap seorang pelayar Twitter dengan nama Tg. Haslinda yang menukar gambar Tuanku Sultan Mizan dengan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Setiausahanya, Zaidan Abdullah berkata, tindakan pemilik akaun laman sosial itu adalah jelas bertujuan untuk menghina.

“Jelas tujuannya untuk memburukkan YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, namun mengedit gambar Tuanku Sultan Mizan adalah suatu penghinaan terhadap institusi diraja,” yegasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri merasa pemilik akaun tersebut perlu bertanggungjawab dan diambil tindakan atas perbuatan tersebut.

“Pada jam 3.30 petang ini, 5 September 2019, DPPNT akan membuat satu laporan polis terhadap pemilik akaun tersebut,” tambah beliau.