Lain Kali Jangan Beritahu

586

Suatu ketika seorang guru lelaki, pulang ke rumah selepas habis mengajar di sekolahnya. Dia pada kebiasaannya menaiki motorsikal berulang alik dari rumahnya, ke sekolah.

Tiba di rumah, dia disambut oleh isterinya yang tidak berkerja. Selepas menyegarkan diri, dia kemudiannya ke meja makan, yang mana makanannya sudah siap dihidang isterinya.

Dia kemudiannya makan bersama-sama isterinya. Seperti kebanyakan pasangan lain, mereka akan bersembang ketika makan mengenai berbagai perkara yang mereka alami seharian.

Si guru tadi bercerita tentang hal sekolahnya. Pada hari itu katanya, ada seorang guru wanita yang baru melaporkan diri di sekolahnya. Kata si suami, guru wanita itu cantik dan muda, tapi sayang di atas bibirnya kelihatan sedikit bulu seperti misai. Sikit sahaja kata suaminya.

Habis cerita si suami di situ. Si isteri pula bercerita tentang hal dia, pergi pasar, harga barang. Dan seperti biasa, cerita isterinya itu tidaklah diendahkan sangat oleh suaminya. Sedar-sedar, cerita dah habis. Mereka selesai makan.

Tiga tahun berselang selepas itu, rutin yang masih sama berlangsung, suami pulang, disambut isteri, makan, bercerita, ketawa dan sebagainya.

Suatu hari, si suami pulang, tiba-tiba motorsikalnya terjerlus jatuh dalam longkang yang dibuka penutupnya oleh isterinya untuk dibersihkan. Isterinya pula lupa untuk meletakkan sebarang penanda.

Maka marahlah si suami…

“Awak ni nak buat kerja fikirlah sikit. Dah tahu tempat orang lalu, longkang tu janganlah dibuka. Dah buka tu langsung tak letak penanda,” herdik si suami.

Lalu segera di jawab oleh isterinya…

“Oooo…awak tak nampak lubang yang begini besar ya? Dulu ada sikit bulu macam misai kat atas bibir cikgu perempuan cantik yang baru masuk sekolah awak dulu tu, awak nampak jer kecik pun,” balas si isteri dengan marahnya.

Si suamipun terkulat-kulat. Tiga tahun dah benda tu, ingat lagi.

So, lain kali kalau ada rahsia besar, jangan bagitahu perempuan. Sampai mati dia ingat tu, satu hal. Tapi paling win, kalau engkau berkelahi dengan dia, habis episod dia cerita balik kat orang.

Atau, kalau kau dah bagitahu rahsia besar kat perempuan, jangan sesekali buat dia jadi musuh selepas tu, habislah kau 😊

“You tak tahu Mahathir, you tak kenal Mahathir… dia ni gini-gini 👋👋 🤣”

Mohd Nasir Abdullah
10 Disember 2019