Lagi Sumbangan Saman Sarawak Report

831

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Muslimat PAS Cawangan Kampung Baru, Kertih menghulur sumbangan wang tunai RM470 bagi menampung kos saman Presiden PAS ke atas Sarawak Report di United Kingdom.

Timbalan Ketua Muslimat Cawangan Kampung Baru Kertih, Rohana Muda berkata, sumbangan dikumpul daripada ahli dan orang perseorangan yang bersimpati dengan perjuangan murni PAS.

“Sedikit bantuan kecil kami, insya-Allah dalam sehari dua lagi ada lagi sumbangan yang bakal menyusul.

“Muslimat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan dengan menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas kepada Presiden PAS bagi membersihkan nama beliau.

Rohana Muda turut merakamkan penghargaan bagi pihak muslimat PAS cawangan di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas ahli dan masyarakat sekitar.

Beliau yang hadir bersama ahli jawatankuasa muslimat, Habsah Abd Rahman menyerahkan sumbangan tersebut kepada Setiausaha Kerja PAS Kemasik, Nik Nur Alifah Ilyana Nik Li di Pusat Khidmat Masyarakat PAS Kemasik, di sini, sebentar tadi.

Perbicaraan penuh kes saman Sarawak Report akan diadakan pada April depan.