Kukuhkah Kerajaan, Perkasakan Parti

1312

SETIU – Satu lagi kejayaan PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi dalam Kawasan Setiu dimana tertubuhnya cawangan yang ke 25 di DUN ini malam tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Dr Azman Ibrahim, Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kampung Cabang 3 Oh telah berjaya diadakan di Balairaya Kampung Cabang 3 Oh.

“Dalam masa kita menumpukan sepenuh tenaga kepada gerak kerja mengisi kemenangan, program memperkukuhkan struktur parti tetap menjadi keutamaan kerana di sinilah bermulanya teras dan akar umbi kita,” tegas beliau semasa berucap di majlis tersebut.

Penubuhan Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kampung Cabang 3 Oh ialah pertambahan cawangan yang pertama di Jabi pasca PRU 14.

Kata Dr Azman, PAS Jabi meletakkan sasaran untuk mencapai bilangan Cawangan PAS di sini kepada 30 cawangan berbanding 25 sekarang ini dalam tempoh dua tahun ke hadapan.

Usaha ini kata beliau adalah penting bagi PAS Jabi melicinkan gerak kerja mengisi dan mengekalkan kemenangan.

Dalam mesyuarat itu, Che Yusuf Kadir telah dilantik sebagai Ketua Penaja Cawangan Kampung Cabang 3 Oh.