Krisis Demi Krisis, BN makin lemah

391


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata krisis terbaru yang berlaku dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Parti Gerakan membuktikan komponen BN masih mencari arah dalam perjuangan politik masing-masing.

Beliau berkata krisis dalam BN akan berterusan memandangkan masing-masing mahu mengambil kesempatan mencapai objektif kelompok dan bukannya ikhlas bergabung.

“Kalau BN tiada kuasa, individu tersebut akan keluar parti, begitu juga PPP masih lagi bergantung kepada BN kerana parti itu masih berkuasa,” katanya  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Naib Presiden Gerakan, Huang Cheng Guan yang mengisytiharkan ‘keluar parti’ kerana tidak berpuas hati berhubung pengurusan parti itu.

Wan Abdul Muttalib yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat berkata pertelingkahan dalam Gerakan berpunca kerana merasakan mereka hilang kuasa namun tidak bersedia keluar BN.

Sehubungan itu, beliau mempelawa Cheng Guan untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) ataupun menjadi ahli Kelab Penyokong PAS (KPP).

Dalam perkembangan yang sama,  beliau menggesa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan terperinci berhubung 1Malaysia.

Katanya, apa yang berlaku dalam BN hari ini adalah jelas bertentangan dengan agenda dan hasrat  Perdana Menteri itu.