KPN Kena Nyatakan Pendirian Terhadap Tan Sri Musa Hassan

335

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/09/musapdgkpn.gif– Musa Mendakwa Wujud Campurtangan Pihak Luar Dalam PDRM

1. Ketua Polis Negara (KPN) baru dilantik dalam suasana Tan Sri Musa Hassan mendakwa ada campur tangan dan arahan pihak lain ke atas pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

2. KPN kena jelaskan pendirian beliau sama ada dakwaan Tan Sri Musa berasas atau tidak. Jika berasas apakah tindakan lanjut yang akan beliau ambil untuk pastikan campur tangan pihak lain tidak berulang dan menjadikan PDRM bebas dari menjadi orang suruhan kepentingan politik seperti dakwaan Tan Sri Musa.

3. Jika tidak benar, bersediakah beliau membuat laporan polis ke atas Tan Sri Musa untuk disiasat dan diambil tindakkan kerana memburukan nama KDN dan PDRM sendiri yang dilihat menjadi orang suruhan pihak lain.

4. Pernyataan pendirian KPN Tan Sri Ismail Omar sangat penting bagi meletak kembali kepercayaan terhadap PDRM sebagai institusi yang dipayungi Raja-Rraja Melayu akan dihormati oleh semua pihak.

5. Kegagalan Tan Sri Ismail menyatakan pendirian terhadap dakwaan Tan Sri Musa adalah merupakan permulaan kegagalan beliau sebagai KPN kerana membiar institusi di bawah Raja-Raja Melayu terus dicabuli.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS