Kotor dan Berlumpur, Tapi Mencuit Hati

1170

Pengarah HARAP 3.3 Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu menyifatkan acara ‘kotor dan berlumpur’ yang dianjurkan Pemuda pada himpunan itu sebagai sangat menghiburkan.

“alhamdulillah pada hari terakhir program HARAP 3.3 kita di Kampung Padang Mengkuang sangat mencuit hati dan sangat menghiburkan,

“(dengan) gelagat anak-anak muda yang belumba motor ‘cup cross’ dalam keadaan yang berlumpur dan pertunjukan serta pertandingan kenderaan pacuan empat roda,”ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas turut bersama para pemuda, menyertai acara lasak itu dengan menjadi pembantu pemandu kepada Ketua Penerangan Pemua PAS YB Hilmi Harun.

Katanya, sukan tersebut memang mencabar dan sangat ‘extreme’ dan sanagt sesuai dengan jiwa anak-anak muda.

Oleh itu, menurutnya, beliau akan mencadangkan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri dan di peringkat Pemuda Malaysia agar diadakan pertandingan tersebut secara berterusan.

“inilah jiwa anak muda, syabas diucapkan kepada anak muda dan in sya Allah kita akan (adakan) berterusan lagi program seperti ini,

“untuk melatih dan juga membentuk anak-anak muda yang (agar) berjiwa kental khususnya untuk agama Allah,”jelasnya.