Korban Tsunami Sunda Meningkat Kepada 222 Orang

329

Jumlah korban tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 222 orang, hari ini, selepas gempa bumi dasar laut yang mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau, menurut pegawai dan media.

Jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan rumah dan bangunan rosak teruk akibat tsunami itu yang berlaku tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda, lewat semalam.

Menurut Reuters, ribuan penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tingi. Menjelang 1040 GMT, agensi itu meningkatkan jumlah kematian kepada 222 orang daripada 168 sebelumnya dengan 843 cedera serta 28 hilang.

Menurut media, penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda.