Konvoi Himpun Program Penting Anak Muda

254

KUALA TERENGGANU – Konvoi Motor sempena HIMPUN (Himpunan Tiga MB) adalah satu program penting untuk anak muda bagi manifestasi keyakinan dan sokongan berterusan kepada kerajaan yang ada.

Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nasir Abdul Razak berkata, ia ditujukan khusus kepada pemimpin utama kerajaan Terengganu, Pahang dan Kelantan dalam program dijadualkan berlangsung esok di Stadium Tertutuo Gang Badak.

“Anak muda perlu menyertai program ini. Anda pasti dapat beramah mesra dengan pimpinan serta menguatkan hubungan pimpinan bersama anak muda.

“Pelbagai acara yang cukup menarik dan amat bermakna buat anak muda, khususnya dalam memahami serta mengetahui perkembang terkini pentadbiran dan kejayaan kerajaan yang ada,” jelasnya ketika dihubungi pada hari ini.

Menurutnya, laluan konvoi tersebut bermula dari dataran selepas jambatan angkat dan terus ke bulatan Seberang Takir kemudian menuju terus ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan negeri.

Oleh itu, beliau yang juga Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT) menasihati para peserta Konvoi agar menjaga akhlak dan disiplin.

“Patuhi undang-undang jalanraya dan arahan para petugas keselamatan dan urusetia program. Pakai pakaian tema (berwarna) putih,” ujarnya.

Justeru itu beliau menyeru agar hadir beramai-ramai ke program HIMPUN 2019 dan berdoa semoga berjaya dengan jayanya.

“Ayuh kita hadir beramai-ramai dan jadikan kenangan terbaik buat anda semua. InsyaAllah moment-moment gambar terbaik dan menarik pasti tercipta esok sepanjang konvoi,” tambah Nasir.