Komited Dan Iltizam, Suburkan Dengan Majlis Ilmu

564

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Kepimpinan PAS komited dan beriltizam menyuburkan DUN Bukit Besi dengan majlis ilmu agar pembangunan insan dapat dibangunkan bukan material semata-mata.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Haji Ghazali Sulaiman berkata, cabaran getir ini tidak boleh dipandang ringan dan mudah serta harus mengembangkan ilmu.

Dan katanya, ianya harus dilakukan agar rakyat faham tentang akidah untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera.

“Kita melihat kesuburan majlis ilmu di kawasan Bandar telah menjadi faktor utama yang menyumbang pada kemenangan,

“walaupun Di DUN Bukit Besi masih tidak lagi mampu ditawan dengan kekalahan yang tipis pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lalu tidak patut dikenang,

“dan boleh dijadikan indikator untuk memulakan langkah baru dalam menghadapi PRU ke -15 yang akan datang,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat DUN pada Rabu, 11 Julai.

Katanya, kejayaan PAS menawan Negeri Terengganu amat disyukuri dan dianggap seperti sireh pulang ke gelanggang.

“Selain itu, beliau bercita-cita ingin memiliki Maahad Tahfiz dan juga pusat Tarbiah sendiri bertujuan untuk merealisasikan impian,

“dan usaha yang akan dilakukan dengan menilai dari segala aspek dan sudut,”katanya.

Justeru, beliau berharap semoga Bukit Besi akan terlahirnya masyarakat sejahtera sebagaimana yang diimpikan dan dicita-citakan yang menjadi tema bagi Kerajaan Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.