‘Kiwi Menangis’ !

421

Seluruh dunia bersedih berikutan aksi ganas tembakan rambang di masjid An-Noor Chrstchurch New Zealand digambarkan oleh seorang pelukis kartun dengan karikatur ‘Kiwi Menangis’.

Ilustrasi dari kartunis bebas tempatan, Shaun Yeo telah benar-benar menangkap ‘mood’ dunia dan , mendapat pujian yang meluas di media sosial.

Lukisan ringkas dan kuat Shaun Yeo itu memaparkan gambar burung Kiwi, ikon nasional New Zealand pada latar belakang hitam dengan air mata mengalirdan membentuk genangan di bawah.

Ia tepat dengan ucapan Perdana Menteri Jacinda Ardern mengenai peristiwa hitam tembakan pengganas daripada Australia dengan gelaran ‘hari paling gelap’ di New Zealand.

Brenton Harrison Tarrant , 28 tahun yang dikenal pasti sebagai penembak rambang itu dan telah dituduh membunuh selepas serangan di Masjid Al Noor dan Linwood.

Jacinda Ardern memanggilnya sebagai ‘serangan pengganas’ telah tiba di bandar itu pada hari Sabtu dan bertemu dengan mangsa yang selamat dan keluarga mangsa untuk menawarkan simpati dan sokongan.

Beliau berkata mangsa datang dari seluruh dunia Islam, dengan Turki, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.

Serangan pengganas sejurus sebelum Jumaat 15 Mac, mengorbankan 49 orang muslim yang tidak bersalah.

Di luar masjid Al Noor, di mana kebanyakan mangsa meninggal dunia, beratus-ratus berbaris , majoriti rakyat tempatan, membawa bunga dan menyalakan lilin.

Sebahagian mereka bersugul dan berdiri diam-diam, manakala yang lain menangis atau kelihatan tertekan dengan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah New Zealand.